𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐑𝐌𝟏𝟎
𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐀𝐒-𝐒𝐈𝐘𝐀𝐍𝐀𝐇
“𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁”
Sempena bulan Rejab dan sebagai persiapan menuju Sya‘aban serta Ramadan,
Wakaf MAINPP mengajak masyarakat untuk bersama-sama menyertai
Kempen Wakaf RM10 melalui Saluran Wakaf As-Siyanah.
Kempen ini bertujuan untuk menjaga kelestarian aset wakaf khususnya masjid dan surau agar terus terpelihara, selamat digunakan dan berfungsi secara berterusan sebagai pusat ibadah serta pembangunan ummah.
SASARAN KEMPEN
RM500,000.00
Kempen ini menyasarkan 50,000 pewakaf, masing-masing dengan sumbangan serendah RM10, bagi mencapai kutipan keseluruhan sebanyak RM500,000.00.
TUJUAN WAKAF AS-SIYANAH
1. Penyelenggaraan dan pemeliharaan masjid serta surau di Pulau Pinang.
2. Menjamin kelangsungan dan keselamatan aset wakaf Pulau Pinang.
3. Menyokong pengurusan rumah-rumah Allah secara mampan.
PENCAPAIAN
Sepanjang tahun 2025,
sebanyak lebih RM300,000.00 telah disalurkan bagi tujuan kelestarian aset wakaf melibatkan masjid dan surau di Pulau Pinang.
HALA TUJU 2026
Mengorak langkah ke tahun 2026,
Wakaf MAINPP menyeru masyarakat
agar terus berwakaf secara konsisten,
sebagai komitmen jangka panjang
dalam memelihara aset wakaf
dan menyediakan bekalan berpanjangan untuk akhirat.
PENGHARGAAN PEWAKAF
Sebagai tanda penghargaan kepada para pewakaf,
mereka yang berwakaf melalui kempen ini
berpeluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.
Disclaimer : Cabutan bertuah ini merupakan tanda penghargaan kepada pewakaf. Wakaf adalah ibadah dan tidak bergantung kepada sebarang hadiah.
Bersama Merakyatkan Wakaf
“Wakaf Yang Barakah, Menjana Ekonomi Ummah”
#Penang2030 #WakafMAINPP
#UntukNegeriKita #Merakyatkanwakaf #KempenWakafAssiyanah