Kempen Infaq Iftar Sambil Berwakaf
Kempen Infaq Iftar Sambil Berwakaf
PENERANGAN SALURAN INFAK IFTAR WAKAF MAINPP
Setiap tahun sepanjang Ramadan, Wakaf MAINPP menerima banyak permohonan tajaan berbuka puasa daripada pelbagai pihak seperti masjid dan surau, sekolah, pusat tahfiz, badan kebajikan serta NGO.
Jadi, bagi memastikan sumbangan orang ramai dapat disalurkan dengan lebih tersusun, telus dan menyeluruh, Wakaf MAINPP mengambil inisiatif membuka saluran khas “Infak Iftar Wakaf MAINPP”.
Melalui saluran ini, orang ramai boleh menyumbang untuk:
1. Menaja makanan berbuka puasa kepada pihak-pihak yang memohon dan layak, dan
2. Dalam masa yang sama menyertai amalan wakaf, iaitu sumbangan yang terus memberi manfaat berpanjangan.
✅ Komitmen Wakaf MAINPP (Amanah & Telus):
50% kutipan disalurkan untuk tajaan iftar sepanjang Ramadan. Secara purata, RM1,000 diperlukan bagi setiap penerima (bergantung jumlah kutipan).
50% disalurkan sebagai wakaf umum.
(Salah satu saluran khas wakaf yang akan difokuskan ialah Wakaf Al-Quran untuk kegunaan bulan Ramadan.)
Wakaf MAINPP akan mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat jumlah kutipan serta senarai pihak penerima sumbangan untuk rujukan.
Satu sumbangan, dua kebaikan :
Infak untuk iftar Ramadan, dan wakaf untuk manfaat selamanya.