Wakaf Seringgit

Wakaf Seringgit

TAHUKAH ANDA?

Seringgit yang anda wakafkan hari ini, menjadi manfaat yang tidak pernah putus.

 

Melalui Wakaf MAINPP, setiap RM1.00 yang diwakafkan diurus dengan penuh amanah dan disalurkan kepada manfaat berikut:

 

🔹 RM0.20 — Wakaf Umum

🔹 RM0.20 — Wakaf Pendidikan

🔹 RM0.20 — Wakaf Kesihatan

🔹 RM0.20 — Kelestarian Aset Wakaf

🔹 RM0.10 — Tanggungjawab Sosial

🔹 RM0.10 — Infaq Khadamat

 

Di sebalik seringgit itu, ada ilmu yang berkembang, ada pesakit yang terbantu,

ada aset wakaf yang terus terpelihara dan ada pahala yang mengalir tanpa henti.

 

🎯 Sasaran Kutipan: RM1,000,000.00

Agar manfaatnya lebih luas, lebih stabil, dan lebih berimpak kepada ummah.

 

🤲 Ayuh bersama membina kebaikan yang kekal.

Mulakan dengan apa yang ada di tangan kerana seringgit anda mampu menjadi pemangkin perubahan.

 

WAKAF SERINGGIT!

MANFAAT MELUAS,

PAHALA BERTERUSAN

 

📌 Sumbangan kecil, nilai yang besar

📌 Berwakaf bersama institusi yang diyakini

📌 Menjana ekonomi ummah secara berstruktur dan berkesan

 

Wakaf MAINPP

Wakaf MAINPP

𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐝𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

Wakaf MAINPP berperanan mengurus, membangunkan dan mengagihkan manfaat wakaf agar terus memberi nilai kepada pendidikan, kesihatan, kelestarian aset wakaf (As-Siyanah) dan kebajikan ummah secara berterusan.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
— Riwayat Muslim

Wakaf adalah salah satu sedekah jariah yang mengalir pahalanya tanpa henti.

Pilih saluran wakaf yang dekat di hati.
Serendah RM10 pun membawa manfaat besar untuk ummah.
Imbas QR di bawah untuk berwakaf dengan mudah.

Bersama membina jiwa ta’abbud, bersama Merakyatkan Wakaf.

"Wakaf Yang Barakah, Menjana Ekonomi Ummah"

Loading...